Thursday 22 October 2015

Handbouquet | Pink + Cream + Peach | With Love to Sabah

Special handmade handbouquet for our lovely customer from Sabah. 
She's too lovely, easy dealing with her.

Thanks dear.
May your journey to jannah is blessed by Him, InshaaAllah.





Thursday 30 July 2015

Tempahan Bunga 3D | Chiffon Flower


Kami menerima tempahan bunga 3d dari fabrik untuk anda. Warna dan size boleh dipilih untuk kesesuaian majlis anda. Jika berminat boleh terus PM fan page kami di sini :

















Tuesday 9 June 2015

Wednesday 6 May 2015

HOMEMADE : SOTONG KANGKUNG


Sotong kangkung ni memang favorite seisi keluarga. Teringat time kecil dulu, ayah selalu bawa makan sotong kangkung kat satu restaurant chinese ni. Memang peminat tegar sotong kangkung ayah ni.

Then, satu hari tu ayah bawak balik sotong kembang ni. Dia beli time rest kat market di Gerik (time ni ayah masih lagi keje dekat Jabatan Pendaftaran Gerik). Balik je terus suruh masak sotong kangkung kata dia. Buat la macam mana pun asal rasa macam sotong kangkung. Hehehe.
Time tu xtau la macam mana boleh ada idea mencipta sos ni.

Campur itu ini dengan harapan sedap la kan. Tapi nak dijadikan cerita, memang sedap pulak sos ni ha. Celur sotong dan kangkung, tuang sos then tabur kacang. Sedap ok !

Dan lepas tu memang tiap minggu wajib makan sotong kangkung. Secara tak langsung jadi resepi famili. Mungkin xsehebat resepi lain tapi dah cukup membuatkan kami sekeluarga gembira menikmati juadah ni.

Semenjak duduk di Negeri Sembilan ni, setiap kali balik Perak, memang ayah dan mak akan request buat. Sebenarnya adik pun boleh rasanya masak sos tu, tapi kenangan makan bersama-sama satu keluarga tu sebenarnya menjadikan suasana lebih bahagia.

Alhamdulillah, suami pun memang suka dengan resepi ni.



Saturday 25 April 2015

Sup Bunga Kobis : Healthy but Yummy

Selingan entry kali ni pasal SUP BUNGA KOBIS.

Mudah dan sedap sangat. Sesape yg nak berdiet karbo boleh try sup ni sebab rasa sup ni sebijik macam sup nasi biasa. My husband sangat-sangat suka. Makan dengan bilis goreng, bawang goreng, daun bawang & lobak masin pon sodapppp !

Ni resepi sup bunga kobis my version. Boleh ubah-ubah ikot taste masing-masing la kan.


Bahan- Bahan :

Bunga Kobis
Bawang Merah (dicincang)
Bawang Putih (dicincang)
Ayam (dicincang)
Mentega
Lobak Merah (disagat halus)
Garam
Gula
Lada Sulah


Cara-Cara :

1.Rebus bunga kobis hingga empuk. Kemudian kisar hingga halus.

2.Panaskan mentega dalam kuali/periuk, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

3.Masukkan ayam dan goring sehingga separuh masak bersama-sama bahan tumisan tadi.

4.Kemudian masukkan bunga kubis yang dikisar tadi dan juga lobak merah yang disagat. Masak untuk seketika.

5.Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.

6.Hidangkan bersama-sama ikan bilis goreng, bawang goreng dan juga daun bawang.


Wednesday 8 April 2015

Jasmine Collection : Kids Wear

Our new collection, Jasmine Caftan for little girl. Comel sangat. Jahitan pulak sangat kemas. Price? Sangat-sangat reasonable. Nak ? Mostly size S readystock. For bigger sizes we'll take it as pre-order.

Jasmine in Pink

Jasmine in Turqoise Blue

Jasmine in Emerald Green



Friday 27 March 2015

Homebase Cake in Senawang, Negeri Sembilan

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR BELOVED HUSBAND YANG KE-29 TAHUN !!

Simple celebration with cake and dinner ( itu pun husband yang belanja dinner kat Umai Kopitiam, Senawang). Macam tahun-tahun sebelum ni, susah nak surprise bab kek ni sebab tiap kali nak keluar ambil kek mesti dia nak ikut. Hehehe. 

So, tahun ni tempah kek comel. Tempah dengan sorang adik kicik molek ni. Homebase baker dekat Taman Bandar Senawang. Mudah aje nak kira dengan Qina ( baker) ni xde yang merenyahkan. Siap jadi member kamcing lepas tu disebabkan beberapa story-story hot. Hehehe (Jangan mare Qina).

Balik umah konon nak amikla gambar dengan kek dulu. Tapi si hero kecik ni laju je tepuk kek tu. Hahaha ! Mujur part belakang so bole amik gambar lagi. 

Tadaaa...ni la kek nye. Comel aje sebab makan bertiga je.

 






 This is my heroes, dunia akhirat. Happy Birthday Sayang !




Sesape area Senawang atau Seremban yang nak tempah kek bole contact Cik Qina kite. 
InshaAllah berpuas hati.

Facebook : Qina Fun Cake 
Instagram : qinafuncake

Tuesday 17 March 2015

Handmade Handbouquet : Pink + Cream + Light Choc Theme.

Our handmade handbouquet. Simple flower for my regular customer. The colors are so candy mandy. Hehehe. Love it. Hopefully it will make you big day much more prettier.






Saturday 14 March 2015

All About Chiffon Flowers : DIY Your Own Dress

All about chiffon flower. My new add on ideas on our plain chiffon flower.  Sesuai pada baju plain mahupun bercorak. Hanya perlu sedikit sentuhan kreatif.

Selamat Mencuba !


Bunga Chiffon

Bunga Chiffon


Bunga Chiffon dengan juntaian

Contoh penggunaan bunga chiffon pada baju

Ruffles effect

Monday 9 March 2015

Jom Cuti-Cuti Negeri Sembilan - Hutan Lipur Ulu Bendul : Khazanah Alam



Dalam entry yang lalu, ada satu entry pasal Taman Ular Sawa yang terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Ni link bagi sesiapa yang belum berkesempatan baca lagi.

Taman Ular Sawa, Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Taman ular ni tidak besar tetapi tetap memberi seribu satu kepuasan buat mereka yang ingin mendekati haiwan eksotik tersebut secara lebih dekat.

Entry kali ni nak share tentang kawasan-kawasan penginapan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan di dalam kawasan hutan rekreasi ini. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan kemudahan yang disediakan juga adalah berbaloi-baloi.

Berikut adalah jenis-jenis penginapan yang boleh anda pilih di sini :

RM10/malam. Chalet berkembar. Katil double-deck 2. Bilik air & tandas. Ruang masak.

 

RM110/malam.  Sewa utk 1 blok yg boleh memuatkan 40 org. Katil mix . Bilik air & tandas.


RM30/mlm. Katil single 4. Tilam extra 6. Bilik air & tandas.

Terdapat juga kabin berharga RM5/mlm, tapi anda kena mandi di sungai ye. Hehe. Sebarang info bole hubungi Jabatan Perhutanan Kuala Pilah.

Thursday 5 March 2015

Mannequin & Display Stuffs


CURRENTLY CLOSED FOR ANY ORDERS ! 


What is Mannequin?

Apakah yang dimaksudkan dengan Mannequin ?

A mannequin (also called a manikin, dummy, lay figure or dress form) is an often articulated doll used by artists, tailors, dressmakers, windowdressers and others especially to display or fit clothing.


Bagi anda yang masih mencari-cari Mannequin untuk kegunaan projek-projek jahitan sendiri mahupun jualan, kami ada menjual mannequin dengan harga yang berpatutan.

Mannequin ini berasaskan fiber yang tahan lasak. Bahagian luarnya dibalut dengan fabrik, jadi jarum atau pin dapat diselitkan pada mannequin tersebut. Kaki mannequin pula diperbuat daripada besi padu.

SEBARANG PERTANYAAN MAHUPUN TEMPAHAN, SILA SMS/WHATSAPP 0146049980

Thanks !

PRICE : RM140 INC. POSLAJU SEMENANJUNG MALAYSIA



PACKAGING UNTUK PENGEPOSAN

Selain itu juga, kami menjual mannequin head untuk display tudung mahupun veil.

PRICE : RM55 INC.POSLAJU KE SEMENANJUNG MALAYSIA

Sunday 22 February 2015

Wedding Dress | Purple + Grey Theme

Sambungan entry sebelum ni..baju second customer yg sama...heee






Wedding Dress + Matching Veil | Peach +Purple Theme

Salam & Hai..!

Kali ni nak update pasal baju customer yg kita redo balik. Cust beli readymade baju untuk nikah & sanding. Tapi beliau nak redo balik beadswork tu. So,kita pun redo semua sekali. Buka semua beadswork yang asal guna material baru untuk enhanced semula baju tu.

Cas? Double ke?

No ! No ! Sama je sayang-sayang. Jom cuci mata tengok hasil baju ni.