Thursday 1 January 2015

Taman Ular Sawa Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Entri kali ni mungkin berbeza sedikit. Bosan kalau entri sama je kan? So, dah decide nak pelbagaikan entri blog ni but still main subjects in BEADING & WEDDING !!

Mungkin ramai tak pernah tahu pasal kewujudan Taman Ular Sawa Ulu Bendul yang terletak di Negeri Sembilan. Kira kalau dari Highway LEKAS, boleh exit ke Kuala Pilah. Taman ni terletak dalam satu kawasan yang sama dengan Hutan Lipur Ulu Bendul, tempat rekreasi dan mandi-manda tu. Cuma taman ular ni terletak atas bukit. Nampak je pintu gerbang ni korang boleh terus mendaki ye.

No public transport allowed ye ! Maaf sangat-sangat sebab kawasan adalah terhad, if you all semua nak angkut kereta naik atas, memang crowded sangat dan berbahaya sebenarnya memandangkan kawasan yang agak curam.

Ni main entrance Taman Ular Sawa Ulu Bendul

Meskipun taman ular ni tak lah sebesar mana-mana taman ular lain kat Malaysia, tapi pihak pengurusan berusaha untuk memberi kepuasan kepada para pengunjung, Insha Allah. Species tu tak banyak sebab taman ular ni spesifik kepada ular sawa sahaja. Untuk pengetahuan anda, ular sawa di Malaysia ada dua (2) jenis sahaja, so banyak species lain yang di import.

Penjagaan dorang amat terperinci memandangkan species-species ni dari luar. Berbanding dengan species tempatan yang lebih mudah penjagaannya.

Taman ular ini juga ada ANACONDA tau !  Kita ada Yellow Anaconda & Green Anaconda. Alhamdulillah species ni berjaya membiak dengan baik dan diberi penjagaan khusus oleh staf-staf taman. Rugi la kalau tak datang sini.

Selain free entrance, pengunjung juga boleh bergambar dengan ular secara PERCUMA. So, anda boleh try sentuh haiwan eksotik ni dengan bare hand. Seronok kan? Snap la picture banyak mana pun, anda akan dilayan dengan mesra oleh staf-staf.

Sebenarnya selain memelihara species-species eksotik ni, kita juga nak create bonding dengan haiwan-haiwan yang sering di salah erti sebagai bahaya dan ganas ni. Let us know them and learn how do they respond to us.

Jom tengok sikit-sikit gambor taman ni. Nak tengok banyak boleh jalan-jalan kat taman ni je ye.

Display cage

Nature view

Pengunjung berpeluang bermesra dengan ular

Last but not least, utamakan Malaysia ye kalau nak pergi bercuti. Support our local tourist attraction first. Not bad kan kualiti produk negara.


No comments:

Post a Comment